PERSATUAN PASCA SISWAZAH MALAYSIA AUCKLAND, NEW ZEALAND
PELAJAR2 POSTGRADUATE MALAYSIA AUCKLAND, NEW ZEALAND
By: MALAYSIA AUCKLAND

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Saturday, 8-Sep-2007 00:07 Email | Share | | Bookmark
Keluarga Terkini

Selamat Datang/Kia Ora kepada Norisham dan Azman sekeluarga. Mereka selamat tiba di bumi Auckland bersama 6 orang putera dan puteri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sebagaimana dirancang. Moga tabah dan sabar mengharungi kehidupan di sini.


Wednesday, 5-Sep-2007 00:04 Email | Share | | Bookmark
Ahli Baru Termuda

Alhamdulillah kami terima seorang lagi ahli baru yang telah selamat dilahirkan di Hospital Auckland. Bayi perempuan ini adalah puteri kepada Reza dan Najah bakal mewarnai dunia Pasca Siswazah di Auckland. TAHNIAH!


Saturday, 28-Jul-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Kia Ora

Selamat Datang diucapkan kepada Cik Rahayu Abdul Rahman ke Auckland. Beliau akan meneruskan pengajian di Massey Uni.


Wednesday, 25-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ramainya .....

Berjujuk-jujuk e mail yang datang menyatakan bahawa mereka akan datang ke Auckland untuk menyambung pengajian dan menanyakan pelbagai soalan. Bagi yang berpengalaman belajar di luar negara sebelum ni, sedikit sebanyak mempunyai gambaran tentang kehidupan di luar negara. Walaubagaimana pun bagi yang belum berpengalaman .... memang sukar untuk menggambarkan keadaan sebenar. Dan bagi memberi laluan untuk mereka yang bakal datang ke Auckland maka di bawah bakal dicatatkan sedikit sebanyak gambaran kasar kehidupan di sini.

SEWA RUMAH - dibayar secara mingguan
1 bilik apmt scr purata - NZ280 ke atas seminggu
2 bilik apmt scr purata - NZ330 ke atas seminggu
Rumah 2 bilik (suburb) - NZ250 ke atas seminggu
Rumah 3 bilik (suburb) - NZ300 ke atas seminggu
# NZ 1300 diperlukan utk sewa rumah sebulan

UTILITI - Sesetengah tmpt perlu bayar duit air dan sesetengah tmpt tidak.
- Bg isirumah yang kecil mungkin memerlukan NZ30-50 sebulan
- Bg isirumah yang besar mungkin memerlukan NZ80-150 sebulan

KERETA - Boleh diperolehi serendah NZ 1000 (bergantung atas usia dan kualiti kereta)

GARAGE - Di City sewa parking NZ50-80 seminggu
- Di suburbs sewanya percuma.

PUBLIC TRANSPORT - 1 Stage lbh krg NZ1.50

Kebanyakan barang-barang pengguna relatifnya harganya bernisbah 1:1 dgn harga di Malaysia. Maksudnya sekiranya di Malaysia harga sebuku besar roti gardenia adalah RM2.50, di sini juga harganya adalah NZ2.50. Bagi barangan yang diimpot dari Malysia, harga yang dijual di sini adalah sama dgn harga jualan di Malaysia e.g. sebungkus biskut cream crackers berharga RM2.00 adalah berharga NZ2.00 di sini.

Oleh yang demikian kesimpulan yang boleh dibuat adalah harga barang2 di sini agak mahal. Tapi ini bergantung atas keperluan, kesesuaian dan corak hidup individu.




Thursday, 19-Jul-2007 02:39 Email | Share | | Bookmark
Informasi

Bagi yang tercari-cari maklumat tentang Auckland samada untuk tujuan belajar, melancung dll. maka bolehlah layari laman web ini:

1. http://persatuanpelajarpascasiswazah.bravehost.com
2. http://mapsa.bravehost.com




[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net